Maxim CityLights

Sentul, Kuala Lumpur

Selain ZetaPark, Kobeta UniHome juga meyediakan kemudahan penginapan kepada pelajar-pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Maxim CityLights, Sentul Kuala Lumpur.

Maxim Citylights merupakan pangsapuri gaya hidup terkini yang terdiri daripada 1338 unit dan di asingkan dengan 6 blok. Saiz unit kediaman ini bermula dari 856 kaki persegi hingga 2347 kaki persegi. Setiap blok disediakan dengan 3 lif dengan hanya 8 unit setiap tingkat dan setiap unit merupakan unit sudut.

Dengan memiliki 3 + 1 bilik tidur & 3 bilik air, kediaman ini turut dilengkapi dengan katil bertingkat, meja belajar, dapur, peti sejuk, mesin basuh dan beberapa kemudahan rumah yang lain.

Perkhidmatan sewaan bas sebagai pengangkutan bagi memudahkan para pelajar untuk pergi & balik ke kolej juga turut disediakan.