Sumbangan Derma Kepada Anak-anak Anggota Yang Cemerlang.
KOBETA Family turut menawarkan dermasiswa kepada anak-anak anggota yang cemerlang di dalam pelajaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Sumbangan akan diberikan kepada mereka yang memperolehi keputusan cemerlang di dalam peperiksaan sama ada di sekolah rendah, menengah mahupun yang belajar di institusi pengajian tinggi.
Dengan kemudahan yang disediakan ini dapat memberi galakan kepada anak-anak anggota untuk belajar dengan lebih tekun bagi meningkatkan prestasi pembelajaran. Selain itu, KOBETA Family juga dapat membantu anggota yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka belajar ke peringkat yang lebih tinggi.
* Tertakluk kepada Terma & Syarat