Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KOBETA Yang Ke-28 Berjalan Lancar

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KOBETA Yang Ke-28 Berjalan Lancar

1G7A2399
Pusat Konvensyen Koputri, Medan Tuanku, Kuala Lumpur
Rabu | 30 September 2026

Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (KOBETA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-28 pada 30 Oktober 2026, jam 3.00 petang bertempat di Pusat Konvensyen Koputri, Medan Tuanku, Kuala Lumpur.

Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran perwakilan, diikuti dengan bacaan doa dan ucapan aluan oleh Pengerusi KOBETA, YBrs. Dr. Nasution bin Ismail. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan oleh Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka, YBhg. En. Mustafa Kamal bin Mohd Nor sekaligus merasmikan mesyuarat ini.

Sejurus selepas ucapan perasmian, majlis turut diserikan dengan tayangan montaj aktiviti KOBETA bagi tahun 2025 dan 2026 dan diteruskan dengan penyampaian anugerah dan penghargaan kepada kakitangan KOBETA sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan, dedikasi serta komitmen mereka.

Penerima anugerah dan penghargaan adalah seperti berikut:

  • Anugerah Pekerja Harapan KOBETA: Djunaldy Syofyan bin Jasman
  • Anugerah Dedikasi KOBETA: Mohd Faisal Fikri Huzaimi bin Mohd Nawi
  • Penghargaan Khidmat Setia KOBETA: Mohd Rizal bin Mohd Razali
  • Penghargaan Khidmat Setia KOBETA : Noraini binti Ramly

Majlis diteruskan dengan sesi Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang membentangkan sebanyak 18 agenda untuk perbincangan dan pertimbangan para perwakilan.

Secara keseluruhannya, mesyuarat telah berlangsung dengan lancar dan teratur, mencerminkan komitmen KOBETA dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecemerlangan organisasi serta memantapkan gerakan koperasi demi kepentingan anggota.