Kobeta Serah Sumbangan Dalam Siri Salam Ziarah Kumpulan KOOP

Kobeta Serah Sumbangan Dalam Siri Salam Ziarah Kumpulan KOOP

1G7A5638
Kobeta Serah Sumbangan Dalam Siri Salam Ziarah Kumpulan KOOP
Cheras, Selangor
Selasa | 20 Ogos 2019

Sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan kurang bernasib baik, Koperasi Kobeta telah mengadakan program sumbangan amal di Rumah Jalinan Kasih Anak-Anak Yatim Miskin Selangor, No.2, Jalan Megah 31, Taman Megah, 43200 Cheras, Selangor pada hari ini. Dalam program tersebut, sebanyak RM5,000 wang tunai serta keperluan harian seperti beras, minyak masak dan sebagainya telah disumbangkan kepada 48 orang penghuni rumah tersebut.

Pengurus Rumah Jalinan Kasih Anak-Anak Yatim Miskin Selangor, Puan Norlela Othman, mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan dan berharap lebih banyak pihak tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban anak-anak yatim.