Kobeta Menaja Majlis Usrah, Bacaan Yaasin & Tahlil Bulanan Kumpulan KOOP
Kobeta Menaja Majlis Usrah, Bacaan Yaasin & Tahlil Bulanan Kumpulan KOOP Medan Tuanku, Kuala Lumpur Khamis | 10 Oktober 2019
Majlis Usrah bulanan yang disertai dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil telah diadakan di Dewan Konvensyen Ukhwah, Medan Tuanku pagi tadi.
Majlis dimulakan dengan sesi tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nor Hisham, menyentuh tentang pentingnya memperkukuh hubungan silaturrahim serta keikhlasan dalam beribadah. Bacaan Yaasin dan Tahlil yang dipimpin oleh beliau, khusus ditujukan kepada arwah ahli qariah yang telah kembali ke rahmatullah.
Majlis turut dihadiri oleh kira-kira 70 orang terdiri daripada Ahli Lambaga Koperasi, pihak pengurusan dan kakitangan koperasi Medan Tuanku. Selepas selesai, jamuan ringan turut disediakan bagi mengeratkan ukhuwah sesama jemaah.
Hakcipta Terpelihara KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD 2026