Serahan Zakat Wakalah Kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pusat Tahfiz

Serahan Zakat Wakalah Kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pusat Tahfiz

1G7A8696
Kobeta Serah Zakat Wakalah Kepada Pertubuhan Kebajikan dan Sekolah Tahfiz
Medan Tuanku, Kuala Lumpur
Khamis | 11 September 2025

Dua pertubuhan iaitu Pertubuhan Kebajikan Ar Rahmaniah dari Rasa, Selangor dan Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Al-Ghazali Bandar Saujana Putra dari Jenjarom, Selangor telah menerima manfaat agihan zakat wakalah daripada Kobeta dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM10,000.

Sumbangan ini disalurkan bagi meringankan beban kewangan golongan asnaf serta memberi sokongan kepada mereka dalam urusan harian. Penyerahan telah disempurnakan oleh Setiausaha Kobeta, Dauk Razman yang menyatakan bahawa inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan kesejahteraan penerima dan menggalakkan amalan berkongsi rezeki.

Sumbangan ini telah disampaikan dalam majlis usrah perdana sempena Maulidur Rasul yang berlangsung di Dewan Konvensyen Koputri, Medan Tuanku hari ini.