Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Kumpulan KOOP Medan Tuanku 2025
Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Kumpulan KOOP Medan Tuanku Titiwangsa, Kuala Lumpur Isnin | 28 April 2025
Hari Raya Aidilfitri & majlis rumah terbuka sudah menjadi sinonim dengan masyarakat Muslim di Malaysia. Kemeriahan Aidifitri akan disambut dengan meriah bersama masyarakat di sekeliling tidak mengira agama & bangsa.
Tidak ketinggalan juga dengan Koperasi Kobeta turut mengadakan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri tahun ini. Bertempat di Villa Wedding, Taman Tasik Titiwangsa majlis yang dianjurkan bersama dengan Koperasi Koputri & Koperasi Ukhwah telah berlangsung dengan meriahnya. Kemeriahan majlis ini telah diserikan dengan pelbagai juadah hidangan yang disediakan seperti Nasi & lauk pauk, Satay, Char Kue Teow, beraneka kuih-muih dan sebagainya.
Dianggarkan kira-kira 500 orang tetamu yang telah hadir pada majlis ini. Majlis ini juga turut diselitkan dengan acara penyampaian zakat wakalah oleh ketiga-tiga koperasi ini kepada badan-badan kebajikan yang terpilih. Koperasi Kobeta telah menyerahkan zakat wakalah kepada 2 pertubuhan iaitu:
MASJID AS SALAM PUCHONG PERDANA – RM3000
MAAHAD TAHFIZ AL AQSA SHAH ALAM – RM3000
Hakcipta Terpelihara KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD 2024