Majlis Sambutan Aidilfitri Anjuran Kumpulan Koperasi Medan Tuanku

Majlis Sambutan Aidilfitri Anjuran Kumpulan Koperasi Medan Tuanku

1G7A9346
Majlis Sambutan Aidilfitri Anjuran Kumpulan Koperasi Menggamit Suasana
Rumah Abang Jamil, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Selasa | 14 April 2026

Koperasi Kobeta Bersama-sama Kumpulan koperasi Medan tuanku telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri yang berlangsung dengan meriah di Rumah Abang Jamil Jalan Ipoh, Kuala Lumpur di sini bermula jam 11.00 pagi.

Majlis yang diadakan sempena bulan Syawal ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga koperasi serta rakan strategik. Kehadiran para jemputan telah memeriahkan suasana dengan semangat kekeluargaan dan perpaduan yang tinggi.

Para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah tradisional Hari Raya seperti nasi minyak, ketupat, rendang, lemang serta aneka kuih-muih dan hidangan istimewa lain yang disediakan.

Turut diselitkan dalam majlis tersebut ialah penyampaian sumbangan zakat wakalah kepada dua buah institusi kebajikan sebagai tanda keprihatinan sosial koperasi terhadap golongan yang memerlukan. Persatuan Kebajikan Ahsana Kuala Lumpur, Taman Puchong Indah menerima sumbangan sebanyak RM3,000, manakala Maad Tahfiz Sulaimaniyyah, Segambut turut menerima sumbangan berjumlah RM3,000.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kenamaan iaitu Y.Bhg. Left. Jen (B) Datuk Ahmad Norihan bin Jalal, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Tuan Haji Fadilah bin Salim, Pengarah SKM Wilayah, serta Encik Mohd Fadzli bin Mat Lahim, Timbalan Pengarah SKM Wilayah.

Penganjuran majlis seumpama ini diharap dapat terus memperkukuh hubungan antara koperasi serta memupuk semangat kebersamaan dalam usaha memperkasa gerakan koperasi di Malaysia.