1G7A5708

Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Ke-27 Kobeta
De Moccis Boutique Hotel, Kuala Lumpur
Ahad | 22 Disember 2024

Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-27 Koperasi KOBETA telah berlangsung di Hotel De Moccis Boutique, Jalan Ipoh Kuala Lumpur hari ini.

Majlis yang berlangsung kira-kira jam 10 pagi ini telah dihadiri kira-kira 30 orang perwakilan koperasi dari setiap negeri termasuk Ahli Lembaga Pengarah Koperasi iaitu Dr. Nasution bin Ismail selaku Pengerusi Kobeta, Encik Sanusi bin Ismail selaku Setiausaha Kobeta dan Datuk Muhammad Razman bin Rahim selaku Bendahari Kobeta

Turut hadir Encik Mustafa Kamal bin Mohd Nor, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Melaka selaku perasmi majlis serta Encik Muhammad Hanif bin Mat Tajri, Pembantu Wilayah Melaka Tengah 2.