IMG_20241128_113832

Majlis Usrah Perdana Bulanan Kumpulan KOOP Anjuran Kobeta
Medan Tuanku, Kuala Lumpur
Khamis | 28 November 2024

Usrah Perdana Kumpulan KOOP Medan Tuanku kali ini telah dianjurkan oleh pihak Koperasi KOBETA.

Majlis yang dihadiri oleh semua kakitangan serta pentadbiran koperasi-koperasi di Medan Tuanku (Ukhwah, Koputri & Kobeta) telah berlangsung di Dewan Konvensyen Koputri, Tingkat 8, Wisma Koputri, Medan Tuanku.

Pihak urusetia mengundang peceramah luar iaitu Y.Bhg Ustaz. Wan Abdul Halim untuk menyampaikan ceramah dengan tajuk ‘Ibadah’. Selain itu antara aturcara seperti bacaan Yaasin, tahlil & doa selamat turut diadakan.
Pihak Kobeta juga turut menyampaikan sumbangan zakat wakalah kepada 2 buah pertubuhan kebajikan iaitu :

PENERIMA ZAKAT WAKALAH PERTAMA
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF AL BARAKH MALAYSIA
No.16, Jalan AU 3/10, Taman Sepakat, 54300 Kuala Lumpur.
Wakil Penerima : Tn. Hj. Yusof Noor
Jumlah Zakat : RM3,000

 
PENERIMA ZAKAT WAKALAH KEDUA
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF BAITUN NURRAWDHAH
No. 10, Jalan AU 1C/1, Taman Desa Pendidik, Keramat, 54200 Kuala Lumpur.
Wakil Penerima : En. Abdul Muhaimin bin Muhaydin
Jumlah Zakat : RM3,000