Dua Buah Pertubuhan Kebajikan Terima Zakat Wakalah Dari Kobeta Medan Tuanku, Kuala Lumpur Isnin | 23 September 2024
Sempena kedatangan bulan Rabiulawal, Majlis Usrah Perdana anjuran Kumpulan Koperasi Medan Tuanku sekali lagi telah menganjurkan usrah Maulidul Rasul.
Majlis yang dihadiri kira-kira 70 orang kakitangan dan pentadbiran dari Koperasi Kobeta, Ukhwah & Koputri dimulakan dengan bacaan Yaasin dan tahlil, diikuti dengan berselawat keatas nabi dan diakhiri dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Azhar Mohamed.
Pihak Koperasi Kobeta juga turut menyampaikan sumbangan zakat wakalah kepada 2 buah pertubuhan kebajikan iaitu :
PENERIMA ZAKAT WAKALAH PERTAMA Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Asnaf Pertubuhan Dar Asnaf Al-Fateeh Al-Irdisiah Selangor Wakil Penerima : Ustaz Fadzil bin Che Lah Jumlah Zakat : RM2,000
PENERIMA ZAKAT WAKALAH KEDUA Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra Wakil Penerima : En. Razali bin Mohamed Jumlah Zakat : RM2,000
Hakcipta Terpelihara KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD 2024