1G7A4240

Ceramah Perdana Sempena Ambang Ramadhan 1445H
Medan Tuanku, Kuala Lumpur
Khamis | 29 Februari 2024

Majlis usrah perdana sempena ambang Ramadhan anjuran Koperasi KOBETA telah diadakan. Ceramah yang telah disampaikan oleh Y.Bhg Ustaz Muhammad Syuaib Sangkrah  ini menitik beratkan amalan-amalan sebagai persediaan untuk menghadapi kedatangan Ramadhan tidak lama lagi.

Majlis usrah ini telah dihadiri kira-kira 70 orang peserta yang terdiri dari kaitangan-kakitangan koperasi di Medan Tuanku seperti Koperasi Ukhwh, Koperasi Koputri serta Koperasi Khidmat ICT.

Sebelum majlis usrah dimulakan, pihak penganjur juga turut menyelitkan beberapa acara seperti bacaan Yaasin serta Tahlil beramai-ramai yang dikelolakan oleh Ustaz Nor Hisyam, Imam 1 Surau Ar-Rahim.