MOU KOBETA dengan UniKL dan KIJN serta Pelancaran Aplikasi “Bolt Advance” Golden Chersonese Media Hall, Kuala Lumpur Khamis | 17 Ogos 2023
Telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) antara Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (KOBETA) dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Memorandum Persefahaman (MOU) antara KOBETA dengan Kolej Institut Jantung Negara (KIJN).
Majlis menandatangani perjanjian ini diadakan sebagai simbolik kerjasama antara KOBETA dengan UniKL dan KIJN di mana KOBETA telah dilantik sebagai syarikat rasmi yang menyediakan perkhidmatan penginapan kepada para pelajar UniKL dan KIJN yang dikenali sebagai UniHome.
MOU ini telah ditandatangani oleh YBhg. Datuk Mohamad Razman bin Rahim, Bendahari KOBETA dan YBhg. Associate Profesor Ir. Dr. Azman bin Senin, Timbalan Presiden UniKL serta disaksikan oleh YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Selain dari majlis menterai perjanjian, majlis ini juga turut diserikan dengan majlis Pelancaran produk terbaru iaitu aplikasi “Bolt Advance”. Aplikasi ini merupakan platform pengurusan sumber manusia moden dan berinovasi yang memberi fokus kepada tiga teras utama iaitu “Operation-Advance”, “People-Advance” dan ‘Payroll-Advance”. Aplikasi ini bertujuan untuk membantu majikan untuk menambahbaik serta menambah nilai proses sumber manusia yang sedia ada. Platform “Bolt Advance” ini dibangunkan dan dikendaliakn secara menyeluruh oleh BETA LAB SDN BHD yang merupakan anak syarikat milik penuh KOBETA.
Hakcipta Terpelihara KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD 2024