Majlis Aidilfitri Kumpulan Koperasi Medan Tuanku Meriah
Majlis Aidilfitri Kumpulan Koperasi Medan Tuanku Meriah Titiwangsa, Kuala Lumpur Rabu | 26 Jun 2019
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kumpulan Koperasi Medan Tuanku telah berlangsung dengan meriah di Villa Titiwangsa, Tasik Titiwangsa hari ini. Majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi itu dihadiri kira-kira 600 tetamu terdiri daripada kakitangan koperasi dan rakan-rakan strategik.
Pelbagai juadah tradisional seperti rendang, ketupat, lemang dan sate disajikan kepada para pengunjung. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Y.Bhg En. Amran bin Abd Kadir, Pengarah SKM Wilayah Persekutuan, yang turut menyampaikan ucapan ringkas serta merasmikan majlis rumah terbuka ini.
Penganjuran majlis ini bertujuan mengeratkan hubungan antara komuniti serta memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk meraikan sambutan secara bersama dalam suasana penuh muhibah.
Hakcipta Terpelihara KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD 2026