Kobeta Sertai Kumpulan Koperasi Medan Tuanku Anjur Majlis Berbuka Puasa
Kobeta Sertai Kumpulan Koperasi Medan Tuanku Anjur Majlis Berbuka Puasa Medan Tuanku, Kuala Lumpur Rabu | 29 Mei 2019
Majlis Berbuka Puasa anjuran Kumpulan Koperasi Medan Tuanku telah berlangsung dengan penuh meriah di Villa Titiwangsa. Majlis ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara warga koperasi serta menyantuni golongan yang memerlukan.
Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz Abdul Halim Al-Hafidz yang juga dikenali sebagai ‘Ustaz Bikers’, diikuti dengan azan Maghrib dan jamuan berbuka puasa. Majlis juga turut diserikan dengan penyerahan zakat wakalah kepada badan-badan Kebajikan yang terpilih.
Acara berakhir dengan solat Maghrib, solat Isya’ serta solat Tarawih berjemaah. Majlis seumpama ini diharap dapat memperkukuh hubungan ukhwah serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja koperasi.
Hakcipta Terpelihara KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD 2026