Kobeta Santuni Warga Tua Dalam Siri Salam Ziarah Kumpulan Koperasi

Kobeta Santuni Warga Tua Dalam Siri Salam Ziarah Kumpulan Koperasi

1G7A3594
Kobeta Infaq Sumbangan Kepada Rumah Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas
Puchong, Selangor
Khamis | 25 April 2019

Kobeta bersama-sama dengan kumpulan KOOP MedanĀ  Tuanku (Ukhwah dan Koputri) hari ini telah mengadakan salam ziarah serta memenyerahkan sumbangan barangan keperluan harian serta wang tunai berjumlah RM5,000 kepada Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Puchong, Selangor. Program ini bertujuan membantu meringankan beban pusat kebajikan tersebut dalam menjaga 50 orang warga emas.

Bendahari Kobeta, Encik Mohamad Razman, berkata inisiatif ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat koperasi untuk menyokong golongan kurang berkemampuan. Pengurus rumah tersebut, Muji binti Hj Sulaiman, menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan pihak koperasi dan berharap lebih banyak pihak tampil membantu pada masa akan datang.