Sumbangan Zakat Wakalah KOBETA Kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim
Sumbangan Zakat Wakalah KOBETA Kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Taman Gombak Ria, Selangor Selasa | 26 Julai 2019
Koperasi Kobeta telah menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM5,000 serta barang keperluan harian kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah.
Sumbangan itu bertujuan membantu keperluan harian serta pembiayaan pendidikan 60 orang penghuni rumah kebajikan tersebut. Majlis penyerahan disempurnakan oleh wakil Kumpulan Koperasi Medan Tuanku, Tuan haji Hassan Gondol, dalam satu majlis ringkas yang turut dihadiri oleh kakitangan-kakitangan koperasi Medan Tuanku serta para penjaga dan sukarelawan rumah anak yatim berkenaan.
Pengurus Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah, Puan Reena Zainudin, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas sumbangan tersebut yang sangat membantu dalam menguruskan keperluan anak-anak di rumah itu.
Hakcipta Terpelihara KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD 2026