Majlis Iftar Ramadan Kumpulan Koperasi @ Medan Tuanku Villa Titiwangsa, Kuala Lumpur Rabu | 03 April 2024
Majlis berbuka puasa atau ‘Iftar’ anjuran Kumpulan Koperasi Medan Tuanku telah diadakan sekali lagi. Acara tahunan ini telah terhenti seketika akibat pendemik COVID 19 yang telah berlaku beberapa tahun lepas.
Majlis yang berlangsung di Lake View Villa, Titiwangsa ini bertujuan untuk meraikan bulan Ramadan yang mulia ini bersama-sama semua kakitangan koperasi bersama keluarga masing-masing. Selain berbuka puasa, majlis juga diselitkan dengan penyerahan sumbangan zakat kepada badan-badan kebajikan yang terpilih.
Bagi Koperasi Kobeta, Zakat Wakalah telah diserahkan kepada Pengurusan Masjid A-Salam, Puchong Selangor serta Pusat Jagaan Titian Kaseh Kuala Lumpur. Penyerahan ‘Mock Cheque’ kepada wakil penerima zakat telah disampaikan oleh Pengerusi Kobeta iaitu Dr. Nasution Ismail. Selain itu Kobeta juga turut menyerahkan duit raya kepada anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Titian Kaseh Kuala Lumpur.
Majlis yang dihadiri kira-kira 200 orang ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Effende O.P Andu, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan Wilayah Persekutuan.
Hakcipta Terpelihara KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD 2026