Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha 1447H, Taqabbalallahu minna wa minkum

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha 1447H, Taqabbalallahu minna wa minkum

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, seluruh Ahli Lembaga Koperasi, pihak pengurusan dan warga kerja KOBETA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh anggota, pelanggan, rakan strategik serta umat Islam.

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan yang dihayati melalui Aidiladha dapat terus memperkukuhkan ukhuwah, memupuk nilai kemanusiaan serta membawa keberkatan dalam kehidupan dan pekerjaan kita semua.

Marilah kita bersama-sama mengambil hikmah daripada pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. dalam mempertingkatkan keimanan, kesyukuran serta keprihatinan terhadap masyarakat yang memerlukan.

Semoga Aidiladha tahun ini disambut dengan penuh ketenangan, kebahagiaan dan rahmat daripada Allah SWT.

Ikhlas daripada
Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad