Sumbangan Zakat Wakalah Ringankan Beban Pelajar Yatim Dan Asnaf

Sumbangan Zakat Wakalah Ringankan Beban Pelajar Yatim Dan Asnaf

1G7A9346
Sumbangan Zakat Wakalah Ringankan Beban Pelajar Yatim Dan Asnaf
Subang Jaya, Selangor
Isnin | 15 Disember 2025

Seramai 25 orang pelajar asnaf dan anak yatim serta 15 orang guru Sekolah Rendah Agama Subang Mewah USJ 1 telah menerima sumbangan zakat wakalah dari Koperasi Kobeta dalam satu majlis ringkas yang diadakan baru-baru ini. Sumbangan ini bertujuan membantu meringankan beban kewangan keluarga pelajar khususnya bagi keperluan harian.

Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Datuk Mohamad Razman selaku Bendahari Koperasi Kobeta dengan kerjasama pihak sekolah. Diharapkan bantuan ini dapat memberi motivasi kepada para pelajar untuk terus bersemangat dalam menuntut ilmu dan mencapai kecemerlangan akademik serta sahsiah. Datuk Razman juga turut mengumumkan sumbangan tambahan sebanyak RM3000 akan diberikan kepada sekolah ini.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang atas keprihatinan terhadap kebajikan pelajar asnaf.