Kobeta Serahkan Zakat Wakalah Sempena Hari Koperasi Negara Di Melaka

Kobeta Serahkan Zakat Wakalah Sempena Hari Koperasi Negara Di Melaka

Pic-3

Kobeta Serahkan Zakat Wakalah Kepada Pusat Tahfiz Sempena Hari Koperasi Negara
Ayer Keroh, Melaka
9 – 11 Ogos 2024

Kobeta hari ini telah menyampaikan zakat wakalah berjumlah RM5,000 kepada Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar.

Penyerahan dilakukan oleh Pengerusi Kobeta, Dr. Nasution Ismail serta Bendahari Kobeta iaitu Datuk Mohamad Razman Rahim serta disaksikan oleh beberapa orang pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Penyampaian sumbangan ini dibuat pada majlis perasmian Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 yang berlangsung di Mydin Mall MITC, Ayer Keroh, Melaka.