Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-24 KOBETA Berjaya Dilaksanakan
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-24 KOBETA Titiwangsa, Kuala Lumpur Sabtu | 14 Disember 2019
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-24 telah berlangsung dengan jayanya di Villa Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur, melibatkan 100 orang perwakilan dari seluruh negara.
Mesyuarat yang diadakan bertujuan untuk membentangkan laporan tahunan, penyata kewangan, bagi sesi 2019/2020. Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk pelan strategik organisasi untuk meningkatkan keberkesanan program serta memperkasakan peranan ahli di peringkat akar umbi.
Pengerusi Kobeta, En. Nasution Ismail dalam ucapannya menekankan kepentingan penyatuan dan kerjasama semua pihak dalam menghadapi cabaran semasa, terutamanya dalam memperkukuh perkhidmatan Koperasi kepada masyarakat.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang selepas semua usul dibentang dan diterima dengan sebulat suara.
Hakcipta Terpelihara KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD 2026