KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD

Pejabat Utama
logo
  • +603 - 2692 9511

  • info@kobeta.com.my

  • Kobeta Business Suite

  • No. 27, Jalan Medan Tuanku

  • 08:30 - 17:30

  • Isnin hingga Jumaat

Sejarah Penubuhan KOBETA

KOBETA yang telah didaftarkan penubuhannya pada 22 Julai 1993 terlebih dahulu dikenali sebagai KOPERASI BERSATU TENAGA MELAKA BERHAD yang diuruskan oleh kakitangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan persatuan nelayan.

Pada peringkat awalnya, KOBETA telah beroperasi di Melaka dan sehingga hari ini ibu pejabat KOBETA terletak di Melaka manakala pejabat urusan beroperasi di Medan Tuanku, Kuala Lumpur.

KOBETA Koperasi Berdaya Maju

Pada 28 Jun 2003, KOBETA telah melakukan penyusunan semula pengurusannya dan melantik Anggota Lembaga Koperasi yang baru bagi meneruskan aktiviti koperasi dengan lebih berdaya maju. Sebagai langkah ke arah itu ia telah menukar namanya semula kepada KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD (KOBETA) bagi membolehkannya beroperasi diseluruh negara dan penggunaan nama "KOBETA" mula digunakan pada logo secara menyeluruh.

KOBETA Maju Setapak Demi Setapak.

Pada tahun 2004 KOBETA telah mendapat kod Potongan Biro ANGKASA bagi membolehkannya beroperasi dengan aktiviti utama iaitu kemudahan kredit. Dengan sokongan serta nasihat daripada YDP Koperasi UKHWAH, Datuk Hj Rahim Baba, KOBETA telah memulakan aktiviti kredit dengan pembiayaan peribadi untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun yang pertama pada awal 2004. Penyusunan semula dan pindaan undang-undang kecil KOBETA turut mendapat sokongan daripada Kementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi yang ketika itu dipimpin oleh YB Tan Sri Kasitah Gaddam.

Konsep Koperasi

Kebajikan, Kemudahan, Pembiayaan dan Keutamaan Ahli

  • Apa Itu Koperasi?
    • Pertubuhan sosio-ekonomi.

      Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia.Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya.

      Persatuan yang menjalankan perniagaan.

      Dalam ertikata lain, koperasi merupakan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan membantu dan meringankan beban anggota-anggotanya. Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen, anggota-anggotanya juga menikmati harga yang lebih murah dari pasaran dan kemudahan-kemudahan khas seperti pembiayaan dan sebagainya, bergantung kepada koperasi yang dianggotainya.

      Ditadbirselia oleh sepasukan Anggota Lembaga.

      Sesebuah koperasi ditadbirselia oleh sepasukan Anggota Lembaga yang dilantik secara demokrasi pada Mesyuarat Agung yang biasanya diadakan selepas tiap-tiap akhir tahun kewangan sesebuah koperasi itu. Seorang Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari akan dilantik untuk mentadbir koperasi itu. Lantikan dibuat berdasarkan pada calon yang mendapat undi terbanyak. Setiap anggota berhak mencalonkan seseorang daripada kalangan anggota untuk jawatan Anggota Lembaga.

      Perbezaan Koperasi dengan Syarikat Berhad

      • Sesebuah koperasi ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggotanya manakala tujuan penubuhan sesebuah syarikat adalah untuk mencari keuntungan semata-mata.
      • Hak milik sesebuah koperasi adalah kepada anggota-anggotanya manakala sesebuah syarikat dipunyai pemegang saham syarikat tersebut.
      • Kawalan sesebuah koperasi dijalankan berdasarkan sistem demokrasi, berasaskan kepada satu (1) anggota, satu (1) undi.
      • Kawalan sesebuah syarikat berhad pula dijalankan berdasarkan jumlah saham yang dipunyainya.
      • Keuntungan sesebuah koperasi dikongsi dikalangan anggota-anggotanya manakala bagi sesebuah syarikat pula, keuntungan dibahagikan antara pemegang-pemegang saham.
      • Nilai saham seseorang anggota koperasi adalah tetap dan boleh dikeluarkan semula. Saham sesebuah syarikat tidak boleh dikeluarkan semula dan nilainya tidak menentu.
      • Pertubuhan koperasi tertakluk kepada Akta Koperasi manakala syarikat tertakluk kepada Akta Syarikat.
  • Sejarah Gerakan Koperasi.
    • Gerakan Koperasi yang pertama.

      Gerakan Koperasi yang pertama bermula sebelum Revolusi Industri di United Kingdom pada awal abad ke-19. Ianya diasaskan oleh sekumpulan pekerja miskin bangsa Inggeris kerana:

      • Kesengsaraan dan syarat kerja yang terlalu ketat
      • Gaji yang tidak mencukupi
      • Pengangguran yang meluas
      • Pengambilan untung yang berlebihan yang tidak terkawal
      • Pemalsuan dalam sukatan dan timbangan
      • Kadar kemiskinan yang tinggi
      • Kadar penyakit dan kematian yang kian meningkat
      • Kerahan kerja untuk kanak-kanak seusia 4 tahun
      • Suasana hidup yang menyeksakan
      • Bantahan yang dibuat tidak berkesan

      Pakatan 28 orang.

      Para pekerja yang tinggal di sebuah perkampungan kecil Inggeris, Rochdale merasakan bahawa mereka perlu bekerjasama. Pakatan 28 orang ini mulai menabung dan berjaya mengumpulkan sebanyak £28 untuk dijadikan modal. Tanggal 21 Disember 1844 menyaksikan titik permulaan gerakan koperasi dimana mereka membuka sebuah Kedai Koperasi di Toad Lane di Rochdale, Lancashire. Kedai Koperasi itu kian meningkat maju dan peristiwa ini kemudian diiktiraf sebagai tarikh bermulanya Gerakan Kerjasama Sedunia. Para pengasas tersebut kini dikenali sebagai Para Perintis Rochdale (The Rochdale Pioneers).

      Para Perintis Rochdale

      Kedai Koperasi yang diusahakan oleh Para Perintis Rochdale menjual barang-barang runcit seperti tepung, mentega, teh dan juga lilin, tetapi cara perniagaan mereka berbeza dari kedai-kedai runcit yang lain.

      Mereka percaya bahawa perbuatan tidak jujur yang diamalkan oleh peniaga runcit lain pada ketika itu seperti membubuh kapur ke dalam tepung dan mencampurkan daun-daun kering ke dalam teh harus dihapuskan. Mereka juga percaya bahawa pelanggan berhak mendapat layanan yang baik serta jujur, dan hasil daripada perniagaan itu dikongsi sama. Tidak hairanlah apabila pelanggan hilang kepercayaan pada pekedai-pekedai runcit yang lain dan bertumpu pada Kedai Koperasi.

      Pelanggan-pelanggan Kedai Koperasi juga turut menjadi anggota Koperasi tersebut dan mereka juga mempunyai hak dalam perniagaan itu. Prinsip-prinsip yang diamalkan Koperasi itu adalah:

      • Keanggotaan terbuka dan sukarela
      • Kawalan demokrasi (satu anggota, satu undi)
      • Pembahagian keuntungan terhad
      • Dividen diberi mengikut jumlah pembelian anggotanya
      • Peruntukan pendidikan
      • Kerjasama antara Koperasi
      • Neutral terhadap fahaman politik dan kepercayaan agama masing-masing
      • Belian tunai sahaja
      • Barangan dan layanan yang baik dan berkualiti

      Tidak lama kemudian, kedai-kedai koperasi mula muncul dan Para Perintis Rochdale mula mendapat perhatian antarabangsa. Walaupun ada kedai koperasi lain yang ditubuhkan lebih awal, tetapi kedai inilah yang paling berjaya dan menjadi contoh kepada koperasi-koperasi lain.

      Prinsip-prinsip tersebut masih diterima dan menjadi asas sesebuah pertubuhan koperasi. Walaubagaimanapun, untuk mengekalkan revelansi, prinsip-prinsip tersebut diolah semula, sesuai dengan arus perubahan semasa.

  • Dasar Koperasi Negara.
    • Dasar Koperasi Negara (DKN) telah diperkenalkan dengan menggariskan beberapa strategi pelaksanaan untuk membolehkan gerakan koperasi berperanan lebih aktif dalam pembangunan negara bersama-sama sektor awam dan swasta. DASAR KOPERASI NEGARA [2011-2020]

  • Pelan Pembangunan Sektor Perkhidmatan Kewangan