KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD

Pejabat Utama
logo
  • +603 - 2692 9511

  • info@kobeta.com.my

  • Kobeta Business Suite

  • No. 27, Jalan Medan Tuanku

  • 08:30 - 17:30

  • Isnin hingga Jumaat

Taman Negara Eco Challenge 2013 - "Unity is Strength"

February 15, 2013

Baru-baru ini Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (KOBETA) telah menganjurkan program ‘Team Building’ dikalangan kakitangannya. Program yang dikenali sebagai ‘Taman Negara Eco Challenge’ ini telah diadakan di Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang selama 3 hari 2 malam bermula 15 Februari 2013 (Jumaat) hingga 17 Februari 2013 (Ahad). Seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan koperasi telah menyertai program ini. Program ini telah dikendalikan oleh 3 orang pegawai pelancong terlatih iaitu Muhammad Saiful Bin Abdul Aziz (Petir),Mohd Zaki Bin Zakaria (Muk) dan Hasruddin Bin Muhammad (Din Aloy).

Dengan moto ‘Unity Is Strength’ tujuan aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk mempelajari dan menghayati kepentingan perpaduan diantara kakitangan dalam kehidupan seharian. Semua ini dapat diterapkan melalui aktiviti-aktiviti yang telah disediakan sepanjang program ini berjalan. Selain itu program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada kakitangan untuk beristirehat dan mengeratkan silaturahim diantara sesama kakitangan sambil beriadah.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang program berlangsung adalah seperti berikut:

  • Melawat Lata Berkoh & Kelah Sanctuary (Pusat pemeliharaan ikan Kelah)
  • Visit Bunbun Hide (Menara Tinjau)
  • Trekking to Bukit Teresek (Mendaki Bukit Teresek)
  • Canopy Walk (Jambatan Gantung)
  • Rapid Shooting (Menaiki bot)
  • Melawat Perkampungan Orang Asli
  • Barbeque
  • Karaoke
  • Program Motivasi

Selain dari kakitangan koperasi, program ini turut disertai oleh Pengerusi KOBETA iaitu En. Nasution Ismail dan Bendahari KOBETA, En. Razman Rahim.