KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD

Pejabat Utama
logo
  • +603 - 2692 9511

  • info@kobeta.com.my

  • Kobeta Business Suite

  • No. 27, Jalan Medan Tuanku

  • 08:30 - 17:30

  • Isnin hingga Jumaat

Program Bersama Al - Rajhi

November 15, 2009

Pada 13 – 15 November 2009 yang lalu, kakitangan Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (KOBETA) bersama-sama kakitangan bank Al Rajhi dari seluruh Malaysia menyertai program “Team Building” yang diadakan di Selesa Hillhome Resort, Bentong, Pahang. Kira-kira 40 orang peserta termasuk urusetia terlibat dalam program ini. Program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama diantara kakitangan bank Al-Rajhi dengan kakitangan koperasi. Para peserta mula berkumpul di pejabat bank Al Rajhi Plaza Pantai untuk pembahagian kumpulan dan mendengar taklimat dari urusetia program kira-kira jam 2 petang. Berbagai aktiviti telah disediakan sepanjang program ini berlangsung. Tepat jam 4 petang, para peserta mula bertolak ke tempat program diadakan.

Aktiviti pertama bermula seawal perjalanan peserta menuju ke tempat program diadakan iaitu Selesa Hill Resort. Dengan menaiki pacuan empat roda, peserta program memulakan aktiviti pertama mereka iaitu “Treasure Hunt”. Kira-kira 25 buah pacuan empat roda disediakan untuk membawa peserta ke tapak program. Dalam aktiviti ini peserta dikehendaki mencari petunjuk untuk melengkapkan aktiviti “Treasure Hunt” ini. Selain itu, para peserta juga diberikan peluang untuk merasai suasana mendaki bukit dengan menaiki pacuan empat roda. Para peserta juga diajar bagaimana menghadapi situasi apabila menghadapi masalah yang sering berlaku ketika mendaki bukit. Kira-kira jam 9.00 malam peserta program tiba di Selesa Hill Resort untuk makam malam. Selepas makan malam aktiviti kedua diteruskan. Aktiviti motivasi atau “motivational talk” yang dikendalikan oleh seorang pakar motivasi iaitu Prof. Gopinathan. Dalam aktiviti ini, peserta didedahkan bagaimana untuk meningkatkan semangat terutama didalam kerja. Di dalam aktiviti ini juga beberapa acara diadakan seperti “find money’ di mana peserta program hendaklah mencari pelanggan untuk membeli dan menjual duit. Aktiviti ini dapat mengenali siapa yang bijak mencari duit. Aktiviti ini tamat kira-kira jam 1 pagi.

Aktiviti pada hari kedua bermula seawal jam 7.00 pagi di mana para peserta mula berkumpul di tapak letak kereta untuk melakukan acara senam robik dan berjoging. Kemudian peserta program dibahagikan kepada dua kumpulan di mana kumpulan pertama melakukan “indoor activity” manakala kumpulan kedua pula melakukan “outdoor activity”. Pada sebelah malam pula majlis makan malam serta ‘barbeque’ diadakan bagi memeriahkan lagi program ini. Dalam majlis ini, berbagai aktiviti sampingan diadakan seperti persembahan lakonan, penyampaian hadiah dan sebagainya.

Pada hari terakhir, acara bergambar dan ‘Business session’ diadakan diantara kakitangan Al-Rajhi dengan kakitangan koperasi. Selepas makan tengah hari, para peserta mula bertolak untuk pulang.