KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD

Pejabat Utama
logo
  • +603 - 2692 9511

  • info@kobeta.com.my

  • Kobeta Business Suite

  • No. 27, Jalan Medan Tuanku

  • 08:30 - 17:30

  • Isnin hingga Jumaat

Majlis Sumbangan "Parent Care" & Bonus

Ogos 17, 2010

Kumpulan KOOP yang terdiri dari Koperasi KOBETA, Koperasi UKHWAH dan Koperasi KOPUTRI telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa pada hari Selasa, 17 Ogos 2010 bersamaan 7 Ramadhan 1431 lalu.

Majlis yang diadakan di Villa Titiwangsa ini telah dihadiri oleh semua kakitangan koperasi serta keluarga masing-masing. Selain majlis berbuka puasa, terdapat beberapa acara lagi disertakan pada majlis kali ini. Antaranya adalah penyerahan sumbangan 'Parent Care' kepada ibu bapa kakitangan koperasi, penyampaian bonus tahunan dan majlis menandatangani perjanjian pembiayaan ASB. Acara perasmian dan penyampaian sumbangan telah dilaksanakan oleh Y. Bhg Dato' Mangsor Bin Saad, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi mewakili Y.B Dato' Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan yang tidak dapat hadir.

Untuk sumbangan 'Parent care', kumpulan KOOP telah memperuntukkan sebanyak RM 160 ribu untuk diagihkan kepada ibu dan bapa kakitangan koperasi. Sumbangan 'Parent Care' ini merupakan duit raya dari koperasi kepada ibu bapa kakitangan yang berkhidmat dengan koperasi masing-masing. Penyerahan replika cek bagi sumbangan ini telah diterima oleh wakil ibu bapa.

Manakala untuk bonus tahunan pula, kumpulan KOOP telah memperuntukkan sebanyak RM 337 ribu untuk diberikan kepada kakitangan koperasi sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang. Penyerahan replika cek bagi bonus tahunan ini telah diterima oleh wakil koperasi masing-masing iatu Pn. Norrina mewakili Koperasi KOBETA, Pn. Fatimah wakil dari Koperasi UKHWAH dan Cik. Tg. Hafidah wakil dari Koperasi KOPUTRI.

Acara yang terakhir adalah majlis menendatangani perjanjian pembiayaan ASB kepada kakitangan koperasi. Menurut Datuk Rahim Baba, pembiayaan ASB ini terbahagi kepada dua ketegori iaitu bagi kakitangan yang bekerja kurang dari 5 tahun akan mendapat pembiayaan sebanyak RM 10 Ribu manakala bagi kakitangan yang telah berkhidmat labih dari 5 tahun, mereka akan mendapat pembiayaan sebanyak RM 100 Ribu setiap orang. Segala bayaran bulanan akan ditanggung oleh koperasi masing-masing. Acara tandatangan telah disempurnakan oleh Pn. Norinna wakil dari Koperasi KOBETA, Pn. Fatimah wakil dari Koperasi UKHWAH dan Pn. Nur Azrina yang mewakili Koperasi KOPUTRI sambil disaksikan oleh Y.Bhg Datuk Rahim Baba, Y.Bhg Dato' Mangsor Saad dan Y.Bhg Tn. Hj. Abdullah Mahmood.