KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD

Pejabat Utama
logo
  • +603 - 2692 9511

  • info@kobeta.com.my

  • Kobeta Business Suite

  • No. 27, Jalan Medan Tuanku

  • 08:30 - 17:30

  • Isnin hingga Jumaat

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya

October 7, 2010

Sudah menjadi rutin bagi Kumpulan KOOP yang terdiri dari Koperasi KOBETA, Koperasi UKHWAH, Koperasi KOPUTRI, Koperasi KOPUSAMJU, Koperasi Restoran Melayu Antarabangsa Berhad dan Koperasi Khidmat ICT mengadakan majlis rumah terbuka apabila tibanya bulan Syawal. Kali ini sekali lagi Kumpulan KOOP telah mengadakan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri.

Majlis Rumah Terbuka ini telah berlangsung pada Khamis, 7 Oktober 2010 bersamaan 28 Syawal 1431H lalu di lorong Medan Tuanku 1 di mana sebahagian jalan ini telah ditutup untuk mangadakan majlis ini. Majlis yang bermula kira-kira jam 2 petang ini telah menarik orang ramai untuk hadir ke majlis ini terutamanya di kawasan sekitar Medan Tuanku ini.

Pelbagai juadah telah disediakan pada majlis Rumah Terbuka Kumpulan KOOP ini seperti Gulai Kawah, Rendang Daging, Sup Tulang, Lemang, Nasi Impit dan Kuah kacang, Char Koe Tiow, ubi kayu rebus, Cendol serta kuih-muih dan banyak lagi. Berbeza dengan majlis-majlis sebelum ini, kali ini segala persiapan juadah makanan telah disediakan oleh kakitangan-kakitangan Kumpulan Koperasi sendiri. Hasil usaha gotong-royong kakitangan Kumpulan KOOP ini membuahkan hasil di mana semua juadah yang disediakan dapat menampung kira-kira 3000 orang tetamu yang hadir ke majlis ini. Dengan berkonsepkan 1 Malaysia, majlis ini juga turut menerima kunjungan dari kaum Cina dan India serta pelancong-pelancong asing bagi memeriahkan lagi Majlis ini.

Antara tetamu khas yang turut hadir ke majlis ini adalah Y.Bhg Tn. Hj. Abdullah Bin Mahmood (Pengarah SKM Wilayah Persekutuan) Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Mohd Ali Hj. Baharum (YDP Angkasa), Y.B Dato’ Noraini Ahmad (Ahli Parlimen Parit Sulong merangkap YDP KOPUTRI), Datuk Kamaruzaman Che Mat (Pengarah Urusan bank Rakyat) dan ramai lagi.

Tetamu juga turut dihiburkan dengan nyanyian oleh Kumpulan Nasyid Qasif, yang dijemput khas dari MARA serta pelajar-pelajar dari sekolah Mahad Tahfiz. Di penghujung majlis ini turut diadakan pertandingan karaoke. Para pesertanya terdiri dari kakitangan Kumpulan KOOP. MAJLIS Rumah Terbuka Kumpulan KOOP ini menutup tirainya sekitar jam 8 malam.