KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD

Pejabat Utama
logo
  • +603 - 2692 9511

  • info@kobeta.com.my

  • Kobeta Business Suite

  • No. 27, Jalan Medan Tuanku

  • 08:30 - 17:30

  • Isnin hingga Jumaat

Majlis Perasmian Villa KOBETA

October 15, 2009

Pada 15 Oktober 2009 bersamaan 26 Syawal 1430H yang lalu, Koperasi KOBETA telah mengadakan majlis sambutan Aidilfitri serta merasmikan hartanah pertama KOBETA iaitu Villa KOBETA. Villa KOBETA merupakan sebuah banglo dua setengah tingkat yang terletak di Bandar Sunway, Selangor. Villa KOBETA yang berkeluasan 7500 kaki persegi dengan rekabentuk moden mempunyai nilai tersendiri. Dengan suasana persekitaran yang menarik, banglo ini sesuai untuk di jadikan sebagai tempat penginapan. Dengan kadar harga yang berpatutan, Villa KOBETA ini juga turut di buka kepada anggota Koperasi KOBETA untuk menyewa sebagai tempat penginapan atau untuk mengadakan majlis keramaian di sini.

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg Pn. Fatimah Bt. Ani, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Melaka. Acara perasmian dimulakan dengan memecahkan bongkah ais atau “ice breaking” sebagai tanda perasmian untuk produk terbaru Koperasi KOBETA iaitu KOBTA Family. Kemudian disusuli pula dengan acara memotong riben sebagai tanda perasmian Villa KOBETA. Turut mengiringi Y.Bhg Pn. Fatimah dalam majlis ini adalah Y.Bhg Dato’Musa Bin Muhamad selaku Yang Di Pertua KOBETA, Y.Bhg Tuan Hj. Ismail Baba, Pengerusi Koperasi KOBETA, Y.Bhg Datuk Rahim Baba, Yang Di Pertua Koperasi UKHWAH dan Y.Bhg Tn. Hj. Mustapa Kamal Maulut selaku Pengerusi Koperasi UKHWAH.

Pelbagai juadah yang bertemakan hari raya disediakan pada majlis ini. Pihak pengurusan KOBETA juga turut menjemput anggota koperasi dan penduduk di sekitar kawasan ini untuk memeriahkan lagi majlis ini. Majlis tamat kira-kira pukul 7 malam.